Diari Husna

Koleksi Soalan Percubaan UPSR negeri-negeri di Malaysia

No Comments »

September 5th, 2012 Posted 10:44 pm

Husna kumpul dari web orang lain

SarawakBM PENULISAN

SARAWAK BMPemahaman

Percubaan-Upsr-Johor-2012-BM-Penulisan

Percubaan-Upsr-Johor-2012-BM-Pemahaman

Percubaan-UPSR-Bm-Penulisan-Melaka-2012

Percubaan-UPSR-BM-Pemahaman-Melaka-2012

 

Posted in SKBG, UPSR

GaMbArAn KiaMaT mEnuRut ”AL-QURAN”

No Comments »

April 12th, 2012 Posted 7:34 pm

SURAH al-Zalzalah termasuk dalam kategori surah  Madaniyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, Qatadah, Muqatil dan jumhur  ulama. Sedangkan Ibn Mas’ud, Ata’ dan Jabir pula berpendapat ia termasuk  dalam surah Makiyyah.Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’.  Hubungan surah ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang  lalu diterangkan balasan yang diterima oleh orang yang beriman dan orang  kafir. Dalam surah ini pula, Allah SWT menjelaskan waktu dan  tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.

Sebab nuzul

Orang kafir sering bertanya tentang hari pengadilan. Mereka bertanya:  Bilakah datangnya hari Kiamat itu? Manakala sesetengah yang lain  bertanya: Bilakah datangnya janji itu?

Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan tanda-tanda akan berlakunya  hari kiamat agar mereka mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk  menentukan hari itu iaitu hari yang didedahkan kepada manusia bahawa  mereka semua akan kembali menghadap Allah SWT untuk mengurniakan balasan  pahala kepada orang yang beriman serta seksaan kepada orang yang  melakukan perbuatan dosa.

Tafsiran ayat

Firman Allah SWT: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang  dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang  dikandungnya).

Ibn al-Jauzi menyebut dua pendapat ulama berkenaan dengan waktu goncangan tersebut:

i. Ia berlaku di dunia dan termasuk tanda kiamat. Inilah pendapat kebanyakan ulama.

ii. Ia goncangan pada hari kiamat. Inilah pendapat Kharijah bin Zaid.

Berkenaan dengan maksud telah mengeluarkan beban-beban berat:

i. Orang-orang mati dibangkitkan seperti kata Ibn Abbas.

ii. Segala bahan simpanannya daripada emas, perak dan lain-lain seperti pendapat Atiyyah.

Sayid Qutub berkata: Itulah peristiwa hari Kiamat di mana seluruh  bumi bergegar dengan gempa-gempa yang paling dahsyat dan meluahkan  segala isi perutnya dari mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya,  seolah-olah bumi mahu meringankan tubuhnya daripada kandungan-kandungan  yang berat itu.

Itulah satu pemandangan yang menunjukkan segala sesuatu yang tegak di  bumi telah bergoyang di bawah tapak kaki para pendengar surah ini.  Mereka merasa terhuyung-hayang, bumi terus bergegar dan bergoncang di  bawah tapak kaki mereka, satu pemandangan yang menakutkan hati yang  selama ini menyangkakan segala apa yang tegak di bumi itu akan tetap  teguh, kukuh dan kekal abadi.

Inilah kesan pertama kiamat yang digambarkan oleh al-Quran, satu  gambaran yang benar-benar hidup dan menjalar ke dalam saraf-saraf  pendengar ayat-ayat ini sebaik sahaja mendengar ungkapan al-Quran yang  unik ini.

Kesan ini bertambah apabila digambarkan reaksi manusia terhadap  pemandangan itu dan dilukiskan keadaan-keadaan perasaan mereka ketika  melihat pemandangan ini.

Firman Allah SWT: Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi  begini)? Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya  Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

Al-Mawardi mengemukakan maksud bumi mengkhabarkannya kepada dua pendapat:

i. Perkhabaran berkenaan segala amalan hamba yang dilakukan di dunia dahulu. Inilah pendapat Abu Hurairah.

ii. Mengkhabarkan berkenaan perihal kiamat. Inilah pendapat Ibn Mas’ud

Ketika berlakunya gempa bumi yang hebat ini, bumi menceritakan isinya  kepadamu dalam bentuk kegoncangan, getaran yang hebat dan gerakan bumi  yang dahsyat serta kehancuran seluruh isinya yang tiada tandingannya  sebelum ini.

Justeru, ia akan memberi jawapan dan pengertian kepada orang yang  bertanya bahawa kegoncangan yang sedang berlaku itu bukan kerana  sebab-sebab yang biasa berlaku ketika seluruh alam berada dalam keadaan  normal.

 

 

-sumber-

 

Posted in Pengajaran Hidup

pAdAng MaShaR

No Comments »

April 12th, 2012 Posted 7:29 pm

MAKHLUK dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat  kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan menghijau di  sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras berkarat dan  menjadi reput, makanan segar menjadi basi, manusia dimamah usia,  akhirnya menemui ajal.

     Dunia yang kita duduki dan diami hari ini pun semakin tua. Suasana  yang berlaku bukan terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan  petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada  suatu detik dinamakan kiamat.

Tiupan sangka kala pertama tanda bermulanya kiamat, manakala tiupan  sangka kala kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman  nabi Adam sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat.

Roh  dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum  semula hingga lengkap seperti tubuh sebelum mati untuk menghadapi hari  pengadilan.

Dahsyatnya kiamat dijelaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:  “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila  bintang gugur berselerak dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke  angkasa (selepas  dihancurkan menjadi debu).” (Surah at-Takwir, ayat  1-3)

Kebangkitan semula manusia selepas kiamat akan  dihimpunkan di padang Mahsyar untuk menghadapi perbicaraan atau  timbangan amalan di dunia. Setiap sudut padang Mahsyar penuh sesak  dengan manusia dan jin untuk bersama mengharungi hari hisab.
Menurut Imam Ghazali, padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang  luas, saujana mata memandang tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia,  keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok  kayu untuk dijadikan tempat berteduh.

Pada dataran putih  itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau ke sana seperti  binatang ternakan keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak baru  lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian.

Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia  terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak  menyelamatkan diri masing-masing.

Abu Hurairah berkata, beliau  mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan sahabat bahawa manusia di  padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk. Pertama,  dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa  mereka.

Kedua, manusia yang berjalan kaki dan ketiga, manusia  yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah. Digambarkan juga  suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia kerana  masing-masing sibuk dengan hal tersendiri.

Ada yang berjalan,  merangkak dan bermacam lagi dalam suasana panas cahaya matahari berada  hanya sejengkal di atas kepala. Ada sesetengah manusia ditenggelami  dengan peluh yang banyak dan berbau busuk bergantung kepada tahap amalan  semasa di dunia.

Ketika sedang terlalu dahaga, datang  malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli  Mahsyar amat gembira, malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila  mangkuk air didekatkan ke bibir,  maka daging bibir luruh berguguran  kerana air terlalu panas.

Persoalan besar timbul dalam kalangan  ahli di padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran  itu? Ada pendapat mengatakan selama 300 tahun mengikut tahun akhirat.

Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas  terik, tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang  mendapat naungan Arasy antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu  orang yang dekat dengan Allah SWT.

Golongan al- Muqarrabun  merujuk kepada mereka ketika  hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan  Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang sama ada dalam soal  akidah atau syariah.

Yakinlah bahawa setiap manusia di  padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya, disoal dan diperiksa  satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia  sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian  kecil tubuh pun ditanya.

Rasulullah SAW bersabda yang  bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya  di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal empat perkara;  umurnya pada perkara apakah ia habiskan; masa mudanya untuk apa  digunakan; harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah  ia belanjakan dan amalan dilakukan sesuai dengan apa yang telah  diketahuinya?” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Insaflah dan  sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di padang Mahsyar yang  memakan masa ratusan tahun itu amat dahsyat. Marilah kita semasa masih  sihat, bertenaga dan ada peluang melakukan muhasabah diri serta sentiasa  bertaubat kepada Allah SWT.

Muhasabah penting supaya buku  rekod catatan amalan menunjukkan amalan yang cemerlang dan digolongkan  sebagai kumpulan al-Muqarabbun.

Firman Allah SWT yang  bermaksud: “Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang  dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan  balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku  pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala  mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat  kerana bingung dan cemas.” (Surah Ibrahim, ayat 42-43)

-Sumber-
http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2012/01/padang-mahsyar.html

Posted in Pengajaran Hidup

tANDA-TaNda keCil kiAmaT …. :’(

No Comments »

April 12th, 2012 Posted 7:25 pm

seperti bencana alam yang dahsyat berlaku dan terkini, tsunami  yang melanda Jepun.

     Kebetulan, kebanyakan yang diperkatakan bakal berlaku atau ramalan  mengenai kiamat sudah pun berlaku walaupun tidak semestinya tepat  seperti dikatakan tetapi hampir menyamai apa diramalkanContohnya, ramalan yang dibuat akan berlaku gempa bumi pada 2004, tahun  itu juga terjadinya tsunami yang menggemparkan dunia. Begitu juga  ramalan mengenai serangan Anthrax, sejenis bakteria membiak menerusi  penyebaran spora pada 2001 dan Taufan Katrina pada 2005.

Semua peristiwa serta bencana alam yang pernah diramalkan itu baik  oleh tukang ramal, kitab agama, program dikembangkan laman web di  internet atau perkiraan berasaskan ilmu matematik, sudah berlaku.

Satu lagi ramalan, pada 2012 nanti akan berakhirnya riwayat bumi  dikuatkan dengan tarikh dalam kalendar suku Maya yang dijumpai di bawah  runtuhan di Mexico iaitu kiamat bakal berlaku pada 21 Disember 2012.

Suku Maya terkenal dengan kebolehan mereka dalam ilmu matematik  dan astronomi. Kalendar itu secara misteri berakhir dengan satu tarikh  pengakhiran hari iaitu 21122012. Fakta menarik itu turut menjadi jalan  cerita sebuah filem.
Mencari maklumat berkaitan 2012, akan menemukan banyak laman web  serta sedutan video yang mengupas mengenainya bukan saja di kalangan  bukan Islam, juga umat Islam yang turut mengambil peluang membahaskan  ramalan dikatakan berasaskan fakta itu.

Pendakwah dan penulis buku, Zahazan Mohamed, ketika diminta  membicarakan mengenai kekalutan masyarakat terhadap teori mengatakan  kiamat sudah tidak lama lagi, berkata tiada guna meletakkan tarikh  tertentu berlakunya kiamat.

Katanya, ini kerana banyak disebutkan dalam al-Quran dengan jelas  bahawa perkara ghaib termasuk Hari Kiamat hanya diketahui oleh Allah.  Malah, Nabi Muhammad yang banyak kali ditanya sahabat tidak dapat  memberikan jawapan.

“Bagaimanapun, ada beberapa hadis menyebut apabila Rasulullah SAW  ditanya mengenai kiamat, Baginda berkata, jarak diutuskannya dengan  kiamat ibarat jari telunjuk dan jari tengah.

“Jadi jika dilihat jarak antara jari itu, kita berasakan kiamat  tidak jauh. Bagaimanapun, hanya Allah yang mengetahuinya. Tetapi, ada  sabda Baginda menyebut saat diutus dirinya dengan kiamat sangat dekat,  malah hampir kiamat itu mendahului Baginda,” katanya.

Beliau berkata, sebagai kasih sayang Allah terhadap hambanya yang  memang kuat sifat ingin tahu itu, Allah menunjukkan tanda-tanda kiamat  sama ada yang kecil mahu pun yang besar supaya mereka mengambil iktibar  daripadanya.

Zahazan berkata, antara tanda kecil kiamat seperti diungkapkan  ulama memang banyak dan ada yang sudah terlihat sekarang berlaku kepada  dunia serta dalam kehidupan masyarakat.

Antaranya, diutuskan Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir dan tiada  nabi selepasnya, sebaliknya yang menanti adalah kiamat itu sendiri.  Wafatnya Baginda juga adalah tanda kiamat.

Tanda lain, penaklukan Baitulmaqdis, melimpahnya harta, munculnya  pelbagai fitnah, munculnya orang yang mengaku sebagai nabi, hilangnya  amanah, hilang ilmu dan tersebar kebodohan.

Amalan riba bermaharajalela, ramainya peminum arak, berlumba  menghias masjid dan berbangga dengannya, berlumba meninggikan bangunan,  banyak terjadi gempa dan ibu melahirkan tuannya.

“Semua ini ada yang kita sudah lihat berlaku. Contohnya, ramai  antara kita yang anak dijaga oleh ibu dan itulah yang dinamakan ibu  melahirkan tuannya. Melihat sekeliling, banyak lagi tanda-tanda kecil  yang dikatakan sudah berlaku seperti bencana alam,” katanya.

Sementara tanda besar akan berlakunya kiamat masih belum kelihatan  lagi, Zahazan berkata, ia bukan alasan untuk menundakan usaha melakukan  persediaan menghadapi hari yang turut dinamakan hari akhirat itu.

“Tidak perlulah hendak fikirkan betul ke kiamat sudah dekat atau  meramalkan bila berlakunya kiamat. Sebaliknya, pastikan kita sudah  bersiap sedia menghadapi apabila tiba saatnya nanti. Itu sepatutnya  menjadi keutamaan,” katanya.

Tindakan perlu dilakukan ialah banyak berdoa kepada Allah supaya  umat Islam selamat, memperbanyakkan amal soleh, mencegah kemungkaran dan  berdampingan dengan ulama.

Tanda besar kiamat pula diungkapkan dalam hadis yang menggariskan  tanda itu secara keseluruhan atau sebahagiannya kerana ada menyebut 10  tanda dan ada yang menyebut enam tanda.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah bin Asid al Ghiffari,  dia berkata: “Nabi datang kepada kami sedang kami berbincang lalu  bertanya: Apa yang kalian bicarakan. Mereka menjawab: Kami sedang  membicarakan kiamat. Baginda berkata: Sesungguhnya ia (kiamat) tidak  akan terjadi hingga kalian lihat sepuluh tanda sebelumnya.

Kemudian Baginda menyebut asap, dajjal, binatang, terbitnya  matahari dari barat, turunnya Nabi Isa bin Maryam, Ya’juj dan Ma’juj,  tiga penenggelaman di bumi (di Timur, Barat dan Arab) dan yang  terakhirnya adalah api keluar dari Yaman yang mengiring manusia ke  tempat mereka berkumpul.”

 

 

-Sumber-

http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/03/persediaan-menghadapi-hari-kiamat.html

Posted in Pengajaran Hidup

LOVE IS YOU LIRIK

No Comments »

March 5th, 2012 Posted 7:05 pm

Baby i love you, love you love you so muchSince i found out love is youCinta satu kata penuh maknaCinta bawa hati bahagiaDari sekian juta keindahan duniaDi mata hatiku kaulah keindahan hidupkuBaby i love you, love you, love you so muchAnd i miss you, miss you when you’re goneBaby i need you, need you, need you so muchSince i found out love is youCinta temani suka dan duka huuu…Cinta bawaku bahagia bahagiaDari sekian juta keindahan duniaDi mata hatiku mata hatikuHanya kaulah yang aku cintaBaby i love you, love you, love you so muchAnd i miss you, miss you when you’re goneBaby i need you, need you, need you so muchSince i found out love is youBaby i miss you, baby i need youBaby i miss you, baby i need youBaby i miss you, baby i need youBaby i miss you, baby i need youBaby i love you, love you, love you so muchAnd i miss you, miss you when you’re goneBaby i need you, need you, need you so muchSince i found out love is youBaby i love you, love you, love you so muchAnd i miss you, miss you when you’re goneBaby i need you, need you, need you so muchSince i found out love is you, since i found out love is youBaby i miss you, baby i need youBaby i miss you, baby i need you

Posted in Pengajaran Hidup

lirik lgu I WILL THERE FOR YOU

No Comments »

March 5th, 2012 Posted 7:02 pm

Sedihnya diriku merindukanmu rindukanmuKatakan padaku arti diriku dihatimuKu ‘kan ada untukmuKau selalu dihatikuEverytime you miss me you need meRemember meI will come to you i promise you i love youEverytime you miss me you need meCall me call meI will come to you i promise youI’ll be there for youSedihnya diriku merindukanmu…rindukanmuKatakan padaku arti diriku dihatimuKu kan ada untukmKau selalu dihatikuEverytime you miss me you need meRemember meI will come to you i promise you i love youEverytime you miss me you need meCall me call meI will come to you i promise youI’ll be there for youFor you for youEverytime you miss me you need meRemember meI will come to you i promise you i love youEverytime you miss me you need meCall me call meI will come to you i promise youI’ll be there for youEverytime you miss me you need meRemember meI will come to you i promise you i love youEverytime you miss me you need meCall me call meI will come to you i promise youI’ll be there for youI’ll be there for you

Posted in Pengajaran Hidup

LIRIK LAGU BEAUTIFUL

No Comments »

March 5th, 2012 Posted 6:59 pm

Don’t cry, don’t be shyKamu cantik apa adanyaSadari syukuri dirimu sempurnaJangan dengarkan kata merekaDirimu indah pancarkan sinarmuYou are beautiful, beautiful, beautifulKamu cantik cantik dari hatimuYou are beautiful, beautiful, beautifulKamu cantik cantik dari hatimuDon’t cry, don’t be shyKamu cantik apa adanyaSadari syukuri dirimu sempurnaJangan dengarkan kata merekaDirimu indah pancarkan sinarmu wo owwYou are beautiful, beautiful, beautifulKamu cantik cantik dari hatimuYou are beautiful, beautiful, beautifulKamu cantik cantik dari hatimuTahukah dirimu berbeda istimewaKau bisa membuat mereka jatuh cintaYou are beautiful, beautiful, beautifulKamu cantik cantik dari hatimuYou are beautiful, beautiful, beautifulKamu cantik cantik dari hatimuYou are beautiful, beautiful, beautifulKamu cantik cantik dari hatimuYou are beautiful, beautiful, beautifulKamu cantik cantik dari hatimu

Posted in Pengajaran Hidup

JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

No Comments »

March 5th, 2012 Posted 6:53 pm

Sudah lama ku tak bertemu aku rindu rinduPikir pikir udah seminggu tak bertemu kamuJadinya kepikiran, ga mau makanPengen cepat ketemuanJadinya bikin lagu lagunya lucuLucu lucu kayak kamuReff:Jauh dimata dekat dihatiMeski jauh kau slalu di hatiJauh dimata dekat dihatiKu selalu ada untukmuJauh dimata dekat dihatiDihatiku cuma ada kamuCos i luv uuuuCos i miss u

Posted in Pengajaran Hidup

BOLA JARING

No Comments »

February 20th, 2012 Posted 10:15 pm

Sukan ini merupakan permainan yang memerlukan  kepantasan, kemahiran dan kelincahan berlari, melompat, melontar dan menangkap bola. Satu-satu pasukan boleh mempunyai sehingga 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang yang boleh masuk bermain di padang. Setiap pemain mempunyai posisi tertentu yang menentukan kawasan yang boleh dimasuki oleh mereka. Posisi ini pula dapat diketahui berpandukan huruf-huruf yang dipakai oleh para pemain.

Peraturan-peraturan
BOLA :

 

  • Diperbuat daripada getah, kulit atau bahan yang hamper sama.
  • Berat bola antara 400 – 450 g
  • Ukur lilit antara 690 – 710 cm

PADANG :

  • Panjang 30.5 m ; lebar 15.25 m ; dibahagi kepada 3 bahagian.
  • Bulatan tengah berdiameter 0.9 meter ; kedua-dua bulatan gol mestilah semi-bulatan dengan radius 4.9 m
  • Tiang gol berada betul-betul di tengah bulatan gol ; berketinggian 3.05m
  • Saiz gegelang gol ; diameter dalaman 38cm

MASA :

  • Permainan terbahagi kepada 4 bahagian masa ; 15 minit bagi setiap bahagian
  • 5 minit diperuntukkan bagi setengah masa permainan
  • 2 minit masa tambahan diperuntukkan bagi setiap kecederaan

POSISI :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kedudukan Pemain dan Kawasan Dibenarkan

Kedudukan bola jaring

Nama kedudukan

Singkatan

Lawan

Kawasan dibenarkan

Centre C Centre Attacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles
Goal Attack GA Goal Defence Attacking and centre thirds, including the goal circle
Goal Defence GD Goal Attack Centre and defending thirds, including the goal circle
Goal Keeper GK Goal Shooter Defending third, including the goal circle
Goal Shooter GS Goal Keeper. Attacking third, including goal circle
Wing Attack WA Wing Defence Attacking and centre thirds, but not the goal circle
Wing Defence WD Wing Attack Centre and defending thirds, but not the goal circle

 

 

Posted in Pengajaran Hidup

KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W

No Comments »

February 13th, 2012 Posted 8:56 pm

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tenteraIslam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasranienggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin(Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud ‘yang terpuji’.Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:”Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Posted in Pengajaran Hidup